Panduan KBAT | Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Panduan KBAT |  Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
KBAT |  Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Konsep Pentaksiran

Pentaksiran adalah proses mendapatkan maklumat dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan sama ada formatif, sumatif, formal dan informal, dalaman dan luaran bagi mendapatkan evidens yang boleh dipertimbangkan dan seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan.

Proses ialah satu susunan langkah/ tindakan/operasi yang bertertib dan terarah yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.

Maklumat ialah evidens yangmenggambarkan prestasi murid dalam sesuatu perkara yang ditaksir.

Penghakiman merupakan proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan murid.

Produk dalam konteks pendidikan merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai/adab yang diperoleh murid setelah melalui proses pendidikan.

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghuraikan, mengumpulkan, merekodkan, memberikan skor dan menginterpretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang calon bagi tujuan tertentu.

Untuk lebih faham mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ini, SGO sarankan anda mendownload 1 ebook yang sangat hebat dan mudah difahami bertajuk :

PANDUAN KBAT |  Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Selamat mendownload dan semoga bermanfaat.

Panduan KBAT |  Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Uploaded by EduWeb SGO
Next
This is the current newest page
Previous
Next Post »
Thanks for your comment